Monday, 10 October 2022

Alhamdulillah bertambah usia setahun lagi dan Alhamdulillah juga tarikh 09 Oktober 2022 bersekali dengan Hari Maulidur Rasul. Ku berdoa agar Allah swt memberi kebahagiaan yang berpanjangan dalam keberkatan, diberi kesihatan yang baik, dipermudah setiap urusan, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt serta lindungan Allah swt. Semoga diriku menjadi insan yang lebih bersyukur dan lebih ikhlas dalam hidup. Terima Kasih Ya Allah untuk kesempatan diberi buat diri ini. Aamin Aamin Ya Mujib. 


Alhamdulillah ketika bersedih.. 

Alhamdulillah ketika ceria.. 

Alhamdulillah ketika sakit..

Alhamdulillah ketika redha dengan ketentuanNya..

Alhamdulillah ketika selesa..

Alhamdulillah dalam setiap perkara dan keadaan..

Alhamdulillah, Ya Allah masih diberi peluang menikmati hidup hingga ke usia ini..

Syukur Alhamdulillah Ya Allah ๐Ÿคฒ


#alhamdulillah 

#muhasabahdiri

#doaygbaik2aje 

#thinkpositivealways 

#bilacikainiberkata2








     





Thursday, 17 February 2022

Gambar Pembukaan Tahun 2022.. kawan baru, suasana baru, persekitaran baru..simpan sebagai kenangan.. 












Good Bye Kenangan, Welcome Harapan..
Masa lalu adalah sejarah. Hari ini adalah goresan. 
Hari esok adalah harapan. 
Selamat datang tahun 2022. Seiring perginya kenangan, menyambut harapan. Semoga semuanya baik-baik sahaja..



Saturday, 20 November 2021

Kenangan kita bersama begitu indah walaupun seketika...
Semoga ukhwah persahabatan ini kekal hingga ke jannah, aamiin
All The Best and Good Luck 
๐Ÿ’“๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’
 










sejak kebelakangan ini, mata kanan asyik berkedip je.. tak tahulah kenapa?

saya cuba google untuk cari info dan hasilnya ๐Ÿ‘‡ doa yang baik-baik aje ๐Ÿ‘

Eye twitching atau ‘Myokymia’ dan dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.

Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.  Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas. Kenapa mata berkedip-kedip dan apa punca-punca terjadinya ‘eye twitching’:

1. Stress

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.

2. Terlalu Penat

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.

Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol

Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.

5. Kekeringan Mata

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.

6. Alergi

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.


Mitos Orang Tua Dulu-dulu berkata :

1.Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.

2.Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.

3.Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.

4.Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah.




 Terima kasih ๐Ÿ‘๐Ÿ’•

Semoga terus sukses dan selamat maju jaya .. 

Semoga dipermudah segala urusan ditempat baru ..

 ๐Ÿ’—๐Ÿ’–๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ’— 












Tuesday, 13 April 2021


ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงٌู„ู„َّู‡ِ ุงٌู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงٌู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู… 
‎ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ 

Menjelang Ramadhan bakal tiba, di kesempatan ini saya ingin memohon maaf Zahir Batin dari lubuk hati yang serba kekurangan. Maaf sekiranya pernah menyakiti, maaf sekiranya pernah terkasar bahasa, maaf sekiranya pernah menyinggung perasaan, maaf sekiranya dalam gurauan pernah buat terasa hati, baik disengajakan mahupun tidak disengajakan, sedar atau tidak sedar, baik yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan. Halalkan makan dan minum  Sesungguhnya yang buruk datang dari diri ini sendiri, dan yang baik itu sentiasa datangnya dari Allah SWT. 

Semoga Kite Semua Dapat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Penuh Ketenangan Dan Tawa'dhu...  
In Shaa Allah.. 

๐Ÿ™Salam RAMADHAN ALMUBARAK๐Ÿ™