Saturday, 25 October 2014
SALAM MAAL HIJRAH 1436
Selamat menyambut Maal Hijrah 1436, tahun Masihi pada hari Sabtu, 25 Oktober 2014 dan 1435 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM
BACAAN DOA AKHIR AWAL TAHUN HIJRAH DAN AMALAN SUNAT
PENGERTIAN AWAL MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi
Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
Pada 10 Muharam juga telah berlaku
Nabi Adam bertaubat kepada Allah
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
Hari pertama Allah menciptakan alam
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
Hari pertama Allah menurunkan hujan
Allah menjadikan ‘Arasy
Allah menjadikan Luh Mahfuz
Allah menjadikan alam
Allah menjadikan Malaikat Jibril
Nabi Isa diangkat ke langit
AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam
Berpuasa
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini
Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”
**Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali
Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
Puasa (Niat) – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “ : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
#copy&paste# Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bacaan-doa-akhir-awal-tahun-hijrah-dan-amalan-sunat.html#ixzz3H7A2dZxk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment