Thursday, 2 April 2020

Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal / buah pinggang yang menggunakan mesin hemodialisis, 3 kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan.

18 Mac 2020 - mama ada checkup buah pinggang di PPUM.. akhirnya, mama bersetuju nak buat dialisis.. pandai Doktor itu memujuk mama utk terus bersetuju tanpa ragu-ragu lagi.. selalunya payah benar, mama nak kata YES.. tiba-tiba, hari ini dalam sejarah alhamdulillah.. terima kasih, Dr Mohd Nurrul Azam kerana berjaya memujuk mama untuk buat dialisis.. jasamu akan kukenang..

19 Mac 2020 - hari pertama mama dikehendaki buat dialisis selama 3 jam.

20 Mac 2020 - hari kedua mama tak jadi dialisis coz tangan kiri lebam akibat cucuk jarum

21 & 22 Mac 2020 - mama rehat di rumah

23 Mac 2020 - aku ambil keputusan bagi mama rehat di rumah

24 Mac 2020 - mama dialisis utk kali ketiga

26 Mac 2020 - hari keempat mama dialisis

28 Mac 2020 - hari kelima

31 Mac 2020 - hari keenam

02 April 2020 - hari terakhir mama buat dialisis di tingkat 8, Menara Timur, PPUM


              

Alhamdulillah, fistula sebelah lengan kiri mama dah matang dan sedia untuk digunakan.     Adakala, aku sedih dan kesian tapi demi kesihatan mama, aku kena kuat dan terus kuat.         Mama kena kuat dan sentiasa dalam keadaan sihat. Ayong sayang mama. Ya Allah, engkau sihatkan tubuh badan mama dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berikanlah keselesaan pada mama sepanjang mama buat dialisis. Semoga Allah swt mempermudah segala urusan mama sepanjang mama dialisis dan sentiasa dilindungi Allah swt  selalu.. aamiin aamiin aamiin ya rabbil alamin
      

We love you, mama ❤️


No comments:

Post a Comment