
Merah- (cinta dan romantik) Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.

Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.


Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan) Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.
No comments:
Post a Comment