Sista atau ketumbuhan
dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa
jenis sista ovari. Golongan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini
disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu
diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau
bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia
tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia
bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista
ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana
kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista
ovari biasanya tidaklah membimbangkan.
Tanda dan Gejala
Lazimnya, sista ovari
tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia
termasuklah:
Jenis-jenis sista
ovari
Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan
dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk
apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya
mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan
hormon. Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila
folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair.
Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk
daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang
setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal
atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan
kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu,
ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan
perubatan dari doktor. Ini termasuklah:
Perkara yang perlu
diingat:
Oleh kerana sista
ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang
pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang
pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala.
Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih
serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani
oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes
tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya
memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas
putus haid lebih mudah mengalami malignansi.
Beringat untuk
mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa
sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu
dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.
Pengesanan
Anda boleh mengesan
sista ovari melalui:
Rawatan
Bergantung kepada:
Sesetengah sista akan
hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika
ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista
tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin
memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa
melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin
melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.
PENGURUSAN SENDIRI DAN
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
o Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala
seperti yang disarankan oleh doktor.
o Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah
ubat penahan sakit.
o Kurangkan pengambilan kafein.
|
Monday, 13 August 2012
Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment