Laparoscope atau “Teropong” |
Peralatan dalam abdomen |
Sebagai perbandingan, laparotomy atau pembedahan biasa mengakibatkan
belahan sepanjang lima hingga sebelas inci panjang. Belahan yang beasr ini mungkin menegak atau melintang dan diperlukan untuk menampung peralatan bedah yang biasa.
Gambaran melalui laparoscope |
Pembedahan sejenis ini mengakibatkan penyembuhan dan penjagaan di hospital yang lebih lama, serta kemungkinan komplikasi jangkamasa panjang. Kelebihan pembedahan laparoscopy berbanding dengan laparotomy jelas dilihat. Kebanyakan pesakit dibenarkan balik rumah pada hari yang sama selepas pembedahan. Pesakit selalunya sembuh dalam masa beberapa hari dan dapat berfungsi saperti biasa dalam masa seminggu. Kesakitan yang dialami pun sedikit dan pesakit lebih selesa selepas pembedahan.Jikalau kelebihan pembedahan laparoscopy sangat nyata, kenapakah pembedahan ini tidak begitu berleluasa?
Kesan Pembedahan Laparoscopy |
Ini ialah kerana pembedahan laparoscopy adalah susah dan memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk mencapai tahap yang sewajarnya. Tambahan pada itu, peralatan yang digunakan adalah mahal dan tidak didapati di semua kebanyakan hospital. Pusat Pakar Wanita adalah hanya satu daripada beberapa pusat perubatan di negara ini di mana pembedahan ini dilakukan secara rutin.
PERSIAPAN SEBELUM PEMBEDAHAN
a) Anda dikehendaki masuk ke wad sehari sebelum pembedahan untuk
penelitian pra pembedahan dan perjumpaan dengn pakar bius.
b) Pemakanan sebelum pembedahan
i) Untuk satu hari sebelum pembedahan, anda hanya disyorkan memakan makanan
ringan saja, misalnya, sup dan sedikit roti. Susu, nasi dan lauk perlu dielakkan kerana
menyebabkan usus kembung dan akan merumitkan pembedahan.
ii) Anda perlu berpuasa pada malam sebelum pembedahan. Walaupun demikian, pada pagi
pembedahan,anda dibenarkan mengambil sedikit air kosong atau Teh ‘O’ 2-3 jam
pembedahan.
c) Anda akan diberi ubat untuk dimakan pada hari sebelum pembedahan untuk melawaskan buang air besar. Ini mungkin menyebabkan anda cirit
d) Pada pagi hari pembedahan dilakukan, anda perlu memasukki dua biji ubat ke dalam faraj. Ini adalah untuk membuka pintu rahim untuk menyenangkan penelitian.
e) Anda mungkin dibenarkan balik pada hari sebelum pembedahan (selepas pukul 5 petang) tetapi anda perlu ada di wad pada keesokan hari sebelum pukul 0730 pagi.
Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan pembedahanku..
ReplyDeleteSy pernah buat laps.. alhamdulilah berita gembira Allah berikan. Jom bc pengalaman sy..
ReplyDeletehttp://mummygojez.blogspot.com/2014/03/pengalaman-pembedahan-laparoscopy.html?m=0