Tuesday, 5 February 2013

6 Langkah Elak Makan Berlebihan

overeating


Jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu, kita terlalu mudah mendapatkan segala macam jenis makanan di sekeliling kita. Sebut sahaja apa jenis makanan pun, pasti kita tahu di mana untuk mendapatkannya. Selain itu, tekak dan perut seolah-olah selalu ‘meminta-minta’ agar diisi walaupun baru seketika selepas kita menikmati hidangan yang lazat.
Jika anda ingin menurunkan berat badan untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik, anda perlu mengetahui isyarat-isyarat yang terdapat pada badan anda. Anda juga perlu mengawal isyarat-isyarat ini supaya anda tidak menerima isyarat yang salah. Jika anda sudah mengenali isyarat-isyarat ini, anda akan berjaya mengawal minda dan tekak anda dalam pemilihan dan corak pemakanan harian anda.
Berikut dikongsikan 6 tips untuk mengenali rasa lapar anda supaya anda boleh mengawal kalori yang anda ambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan:

1. Gunakan skala kelaparan

Adakah anda benar-benar tahu bagaimana rasa lapar yang sebenar? Adakah setiap kali anda berasa lapar anda terus mencari makanan? Anda perlu mengenali isyarat fizikal pada badan anda yang menunjukkan keperluan sebenar badan anda. Sebelum anda makan, cuba anda menilai skala kelaparan untuk mengetahui keperluan makanan yang sebenar seperti berikut:
  • Sangat lapar: Rasa tidak selesa, tidak boleh fokus dan ditambah dengan rasa sakit kepala atau rasa gelisah. Ini disebabkan kandungan gula dalam badan yang rendah kesan daripada kurangnya pengambilan makanan. Situasi ini boleh mendorong anda untuk makan dengan jumlah yang banyak.
  • Lapar: Anda sudah fikir apa makanan yang anda ingin makan selepas ini. Jika anda tidak makan dalam masa sejam pada waktu tersebut, anda mungkin akan masuk ke dalam tahap ‘sangat lapar’ seperti di atas.
  • Sederhana lapar: Perut anda mula berbunyi dan anda sudah memikirkan untuk mengisi perut anda yang kosong itu. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda makan.
  • Senang hati: Anda berasa kenyang; bukan terlalu kenyang dan tidak berasa lapar. Anda rasa tenang dan selesa dan tidak terfikir tentang snek atau minum petang.
  • Kenyang: Jika anda masih lagi makan pada waktu ini, anda telah makan di luar rasa lapar dan keperluan anda. Perut anda akan berasa penuh dan rasa makanan yang anda suapkan ke mulut itu tidak lagi sesedap seperti suapan pertama anda
  • Terlalu kenyang: Anda berasa tidak selesa dan rasa pedih ulu hati berpunca dari asid perut yang menganggu kawasan esofagus anda.

2. Makan setiap 4 jam

Masih tidak boleh meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar? Cuba setkan jam anda. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 – 5 jam selepas anda menikmati makanan yang seimbang. Jika anda menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan anda berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan anda pada waktu itu. Makan pada waktu yang tetap akan membuatkan tahap gula dalam darah dan tenaga anda sentiasa berada dalam keadaan stabil.
Jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan snek 150 kalori boleh membantu anda untuk menghilangkan rasa lapar anda itu. Anda boleh mencuba makan makanan serat penuh seperti buah-buahan dan kekacang tanpa garam. Makanan seperti ini mengandungi kandungan fiber dan air yang membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang panjang.

3. Tidak skip sarapan

Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.
Jika anda berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin disebabkan oleh tidak bersarapan. Oleh itu anda perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi dengan beberapa cara mudah:
  • Sediakan sarapan sebelum anda tidur. Anda perlu merancang sarapan anda supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal seperti roti serat penuh, buah-buahan, dan lain-lain.
  • Sediakan sekotak bijirin atau sebungkus oat dengan susu rendah lemak atau susu soya di tempat kerja anda sekiranya anda tidak sempat bersarapan di rumah.
  • Makan sarapan sedikit lewat jika perut anda tidak boleh menerima makanan di awal pagi. Sarapan pada pukul 9 atau 10 pagi masih boleh membantu anda untuk sentiasa bertenaga dan selesa sepanjang hari.

4. Makan makanan rendah kalori

Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu anda mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Di dalam satu kajian mendapati seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya.
Anda boleh mencuba corak pemakanan yang dicadangkan seperti di berikut:
  • Untuk makan malam, anda disarankan untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bersama hidangan makan malam anda. Daging putih seperti ikan juga sangat baik untuk badan anda.
  • Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang dikeringkan. Kalori kedua-dua jenis buahan ini adalah sama, tetapi dengan makan buah-buahan segar yang kandungan airnya tinggi, ia seperti anda telah minum secawan penuh jus anggur. Anda akan berasa lebih kenyang berbanding makan makanan kering dalam jumlah yang sama.

5. Makan snek yang kaya dengan fiber

Fiber boleh membantu anda untuk berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan anda perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan. Ini menyebabkan anda akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Makanan yang kaya dengan fiber ini juga mengandungi kandungan kalori yang rendah.  Selain itu, antara kebaikan fiber juga ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Anda boleh mencuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:
  • Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek anda.
  • Cuba gantikan makanan yang anda selalu makan seperti roti dan nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh.
6. Tambahkan protein sihat ke dalam makanan harian
Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.
Anda juga boleh mencuba menambahkan pengambilan protein seperti berikut:

        Tambahkan sehidang makanan protein sihat seperi putih telur atau tuna atau sepotong  
        ayam tanpa kulit di setiap waktu makan anda. Anda boleh minum bersama susu soya 
        yang rendah lemak dan tinggi kandungan fiber dan proteinnya !!

No comments:

Post a Comment