Tuesday, 26 February 2013


Doa Nabi Yunus 

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua... Alhamdulillah3.. hari ini kita bangkit dari tidur dan bersyukur kehadrat Allah SWT yang kita masih lagi bernyawa dan diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA. Buangkanlah sikap suka memburuk2kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari hamba2mu yang menganiaya diri sendiri.
Pagi Jumaat kita sama2 mengamalkan satu rahsia DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita. 
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~
Nota
Rahsia DOA NABI YUNUS ini sangat2 besar maknanya. Amalkanlah setiap hari tidak kira walau dalam keadaan kesenangan atau kesusahan. Sentiasa ucap SYUKUR ALHAMDULILLAH nikmat ALLAH SWT berikan walaupun ianya hanya sekeping roti. Allah SWT amat sayang pada hamba-Nya yang sentiasa BERSYUKUR dan bukan MERUNGUT.

P/S: Memang besar khasiat doa Nabi Yunus ini. Baca dan amalkanlah wahai sahabat2ku sekelian kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa. Bacalah seberapa banyak mana pun doa ini. Tiada ruginya malahan besar pahalanya dan menguntungkan diri.

No comments:

Post a Comment