BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI
Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur
Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang
tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk
bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh
bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup,
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana
tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran
anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling
dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan
jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru
dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam
badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang
berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka
tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali
pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma
(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus
dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai
manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau
cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk
membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang
yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)
No comments:
Post a Comment