Thursday 15 December 2011


Kadang-kadang...
tak kira betapa kita menginginkan seseorang,
betapa dalamnya kita mencintai seseorang,
betapa terseksanya kita mendambakan seseorang,
betapa kita berjuang untuk cinta seseorang,
namun masih ada kekurangan dan kelemahan disebaliknya.
Kita tidak bias memiliknya..

percayalah di suatu tempat di dalam dunia yang terbentang luas ini,
ada seorang yang telah Allah swt janjikan untuk kita,
seorang akan dipertemukan untuk kita pada masa dan tempat yang telah direncanakan oleh-Nya..
Indah pada waktu itu ('',)



Tuesday 13 December 2011


Berilah peringatan
buatku yang kealpaan
kejutkanlah diriku
daripada lamunan kesilapan
kerana suatu peringatan
nasihat panduan dan teguran
amat berguna kepada insan yang beriman
beri peingatan
untukku dan semua
agar ku tak tersasar
dalam mengejar impian
luahan isi hatiku....
alamilah rasa di jiwaku ini...
alami suasana
irama hatiku yang syahdu
agar kau memahami
rahsia yang terpendam di kalbu
selamilah diriku..yang sesungguhnya
amat perlukanmu...

Wednesday 7 December 2011

Hargailah segala kesempatan masa yang ada dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia



Thursday 24 November 2011

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.

Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.

 Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

 Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.

 Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

 Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya.

Amin








Wednesday 16 November 2011

MUTIARA KATA

" Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada satu HATI saja..
Jika gembira HATI inilah yang ketawa.. Jika bertakwa, HATI inilah yang tersenyum.. Jika beriman, HATI inilah juga.. Jika bercinta, HATI inilah yang gembira.. Jika terluka HATI inilah yang menangis... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATImu dan HATI orang-orang yang menyayangimu...Kebencian orang jangan dibuat, Kesayangan orang jangan diambil.."

Friday 11 November 2011


Hari ini ambil darah kat Pusat Perubatan Universiti Malaya..sakit, kena cucuk 3 tempat..lenguh tangan kiri dibuatnya..risau lak nak tahu result next week..harap-harap semua baik-baik saja..

Lirik Lagu Kasih Berubah - Ferhad

Di angin lalu ku sampaikan kerinduan
Wajah mu ku terbayang
Bersama janjimu ku bawa dalam mimpi
Kubawa dalam mimpi
Malam sunyi rasa sepi
Ku duduk seorang diri
Terbayang wajahmu di awangan
Hidup ku di perantauan
Penuh dengan cubaan
Namun kau tetap jadi pujaan
Walau ku cuba untuk melupakan dikau
Namun ku tak terdaya
Kini ku selalu terkenangkan dirimu
Oh sayang oh sayang ku
Alangkah hancur hati ku
Bila pulang dari rantau
Terlihat kau bersama teman baru
Bertahun lama terpisah
Kiranya kau telah berubah
Janjimu hanya tinggal kenangan
Hatiku menangis dengan seribu pertanyaan
Mengapa oh mengapa ohh yeaa
Dari jauh ku lihat kau berlalu pergi
Berbahagialah di sampingnya
hmmm.. ohhh…
Kasih berubah ohh…

Thursday 10 November 2011

GOOD LUCK and ALL THE BEST IN YOUR EXAM

Do the Best and Never Give Up..Remember ALLAH swt is always with you..
- Doa
- Usaha
- Istiqamah
- Tawakal

Believe in yourself. You can do it!
aduh,sakit kepala..
rasa nak pecah menahan sakit..
ubat dah makan tapi sakit makin menjadi..

Tuesday 8 November 2011

Andai tiada Pertemuan


Andai tiada pertemuan..
tiada hati yang merintih pilu
tiada jiwa berlagu rindu
tiada air mata ramah bertamu

Andai tiada pertemuan..
tiada jiwa yang akan bersatu
menyanyi lagu bahagia
berirama cinta dan setia

Andai tiada pertemuan
tiada janji yang termateri
bersulamkan sumpah dan ikrar
berendakan kasih dan sayang

Andai tiada pertemuan..
tiada nostalgia menjadi kenangan
Biar pahit dan manis dirasa
semuanya kerana Sebuah Pertemuan..
Berfikirlah sebelum berkata-kata, jangan berfikir sesudah berkata-kata kerana sebelum perkataan keluar dari mulut kita,sudah semestinya ia milik kita, tapi apabila kata-kata itu sudah keluar dari mulut kita,kata-kata itu orang yang punya. Dari kata-kata itulah kita bakal mendapat banyak kawan dan lawan kerana Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup..
 


 
 

Tika hujan membasahi bumi dengan rakusnya
Saat ini juga menangis hati dengan lebatnya
Aku juga tak mengerti apa puncanya
Yang pasti hatiku sakit kerna teruja
Melayan perasaan yang entah apa-apa
Jika diadu pada yang ada
Mungkin tiada kesan apa-apa
Saat ini hati mengamuk tanpa dipinta
Melayan gelodak perasaan di dalam diri yang merana
Sakitnya hati tiada siapa yang bertanya
Bagai ingin pecah hulu di hati merana-rana
Menahan pedih yang menikam-nikam jiwa
Meratapi penawar yang tiada
Sepatutnya diri tiada lagi duka
Tapi hati yang sakit tiada yang duga
Datang sendiri tanpa suara
Pergi jauh itu yang ku pinta

Bila hati menangis...


bila hati dah menangis..
tiada siapa yang tahu..
apa yang terjadi dan mengapa ia terjadi..
sukar untuk diluahkan..
sukar untuk dipujuk..
sukar untuk berhenti..
dan ia akan terus menangis
sehingga puas dan tiada lagi air mata..

Salam Aidiladha