Tuesday 26 February 2013


Doa Nabi Yunus 

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua... Alhamdulillah3.. hari ini kita bangkit dari tidur dan bersyukur kehadrat Allah SWT yang kita masih lagi bernyawa dan diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA. Buangkanlah sikap suka memburuk2kan sesama kita kerana sifat itu paling disukai oleh syaitan yang suka melihat kita bermusuhan dan berburuk sangka kepada mereka yang kita sendiri tidak kenali kebaikan budinya.. Semoga Allah SWT sentiasa menerima keampunan dari hamba2mu yang menganiaya diri sendiri.
Pagi Jumaat kita sama2 mengamalkan satu rahsia DOA NABI YUNUS yang sememangnya wajib kita sertakan setiap kali kita berdoa kepada Allah SWT selepas solat lima waktu. Amalkan DOA ini agar segala masalah2 kita seperti hutang yang besar atau kecil + musibah yang besar + masalah2 yang susah untuk diselesaikan atau apa jua sekalipun. Berdoalah setiap hari sekurang2nya tiga kali sehari tidak kira dalam keadaan apa jua pun terutama bila kita dalam keadaan yang sangat2 memerlukan pertolongan dari-Nya. Moga2 Allah SWT mendengar dan permudahkan segala urusan kita. 
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~
Nota
Rahsia DOA NABI YUNUS ini sangat2 besar maknanya. Amalkanlah setiap hari tidak kira walau dalam keadaan kesenangan atau kesusahan. Sentiasa ucap SYUKUR ALHAMDULILLAH nikmat ALLAH SWT berikan walaupun ianya hanya sekeping roti. Allah SWT amat sayang pada hamba-Nya yang sentiasa BERSYUKUR dan bukan MERUNGUT.

P/S: Memang besar khasiat doa Nabi Yunus ini. Baca dan amalkanlah wahai sahabat2ku sekelian kerana didalamnya terdapat rahsia yang sangat luar biasa. Bacalah seberapa banyak mana pun doa ini. Tiada ruginya malahan besar pahalanya dan menguntungkan diri.


DOA PENYAKIT ASMA


Assalamualaikum guys... Kali ini aku kongsikan doa penyakit asma.  Pesakit susah untuk bernafas + tidak boleh melakukan senaman yang berat + tidak boleh memakan makanan yang sejuk2 dan alah pada habuk + cuaca sejuk. Namun setiap penyakit sentiasa ada penawarnya. Hanya kita saja yang perlu yakin dan berusaha. Doa memohon kepada-Nya juga amat penting untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Disini kita amalkan doa penyakit asma dari Dato Harun Din. Mudah2an dengan bantuan doa ini dapat membantu dengan diiringi petua2 yang telah diberikan.. InsyaAllah

Mari kita amalkan doa asma ini sama2.. Yang tiada penyakit pun boleh amalkan untuk kesihatan yang lebih baik.
  • Baca Surah Al Fatihah
  • Baca selawat Syifa - setiap hari amalkan selawat ini sangat2 baik utk kesihatan
  • Membaca doa dibawah ini sebanyak 7 kali

Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan Kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti

Nota
Amalkan doa ini setiap hari selepas solat fardhu.. Hafalkan doa ini untuk kemudahan diri.

P/S : Kita buat mana yang termampu. Yang penting niat dan ikhtiar.. Selamat mencuba selamat sembuh dari segala penyakit berjangkit..

Tuesday 5 February 2013

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

 Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang.


"AlMudathsir:42,43) Siksaan Ketika Hidup Di Dunia!! Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.Siksaan Ketika Sakaratul Maut!!Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.Siksaan Ketika Di Dalam Kubur!!Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.Siksaan Ketika Berada Di Akhirat!!!Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidakakan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap WaktuSUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).ISYAK : Allah tidakredha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain. SEKSA NERAKA HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANGDalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya) Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebutSaad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". 


(Riwayat Al-Hakim)Wallahua'lamSEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.


Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-


1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.


2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.


3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.CUAI SOLAT LIMA WAKTU Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidakmenunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat. Enam seksa semasa hidup di dunia: 1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.


4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.


5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.


6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih. Tiga seksa tatkala hendak mati: 1. Dia mati dalam kehinaan.2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetapmerasa tidakpuas. Tiga seksa ketika di alam kubur: 1. Disempitkan kuburnya.2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayatitu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat. Tiga seksa di hari kiamat: 1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.2. ...Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang." Renungan: Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:- Subuh:Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. Zuhur:Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam. Asar:Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. Maghrib:Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. Isyak:Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.









6 Langkah Elak Makan Berlebihan

overeating


Jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu, kita terlalu mudah mendapatkan segala macam jenis makanan di sekeliling kita. Sebut sahaja apa jenis makanan pun, pasti kita tahu di mana untuk mendapatkannya. Selain itu, tekak dan perut seolah-olah selalu ‘meminta-minta’ agar diisi walaupun baru seketika selepas kita menikmati hidangan yang lazat.
Jika anda ingin menurunkan berat badan untuk mendapatkan badan yang sihat dan cantik, anda perlu mengetahui isyarat-isyarat yang terdapat pada badan anda. Anda juga perlu mengawal isyarat-isyarat ini supaya anda tidak menerima isyarat yang salah. Jika anda sudah mengenali isyarat-isyarat ini, anda akan berjaya mengawal minda dan tekak anda dalam pemilihan dan corak pemakanan harian anda.
Berikut dikongsikan 6 tips untuk mengenali rasa lapar anda supaya anda boleh mengawal kalori yang anda ambil dan mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan:

1. Gunakan skala kelaparan

Adakah anda benar-benar tahu bagaimana rasa lapar yang sebenar? Adakah setiap kali anda berasa lapar anda terus mencari makanan? Anda perlu mengenali isyarat fizikal pada badan anda yang menunjukkan keperluan sebenar badan anda. Sebelum anda makan, cuba anda menilai skala kelaparan untuk mengetahui keperluan makanan yang sebenar seperti berikut:
  • Sangat lapar: Rasa tidak selesa, tidak boleh fokus dan ditambah dengan rasa sakit kepala atau rasa gelisah. Ini disebabkan kandungan gula dalam badan yang rendah kesan daripada kurangnya pengambilan makanan. Situasi ini boleh mendorong anda untuk makan dengan jumlah yang banyak.
  • Lapar: Anda sudah fikir apa makanan yang anda ingin makan selepas ini. Jika anda tidak makan dalam masa sejam pada waktu tersebut, anda mungkin akan masuk ke dalam tahap ‘sangat lapar’ seperti di atas.
  • Sederhana lapar: Perut anda mula berbunyi dan anda sudah memikirkan untuk mengisi perut anda yang kosong itu. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda makan.
  • Senang hati: Anda berasa kenyang; bukan terlalu kenyang dan tidak berasa lapar. Anda rasa tenang dan selesa dan tidak terfikir tentang snek atau minum petang.
  • Kenyang: Jika anda masih lagi makan pada waktu ini, anda telah makan di luar rasa lapar dan keperluan anda. Perut anda akan berasa penuh dan rasa makanan yang anda suapkan ke mulut itu tidak lagi sesedap seperti suapan pertama anda
  • Terlalu kenyang: Anda berasa tidak selesa dan rasa pedih ulu hati berpunca dari asid perut yang menganggu kawasan esofagus anda.

2. Makan setiap 4 jam

Masih tidak boleh meneka bagaimana rasa lapar yang sebenar? Cuba setkan jam anda. Kebiasaanya, rasa sederhana lapar bertukar kepada terlalu lapar berlaku dalam tempoh 4 – 5 jam selepas anda menikmati makanan yang seimbang. Jika anda menunggu terlalu lama untuk makan, ia boleh menyebabkan anda berasa terlalu lapar dan terburu-buru mencari makanan. Ini boleh menjejaskan pemilihan makanan anda pada waktu itu. Makan pada waktu yang tetap akan membuatkan tahap gula dalam darah dan tenaga anda sentiasa berada dalam keadaan stabil.
Jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan snek 150 kalori boleh membantu anda untuk menghilangkan rasa lapar anda itu. Anda boleh mencuba makan makanan serat penuh seperti buah-buahan dan kekacang tanpa garam. Makanan seperti ini mengandungi kandungan fiber dan air yang membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang panjang.

3. Tidak skip sarapan

Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.
Jika anda berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin disebabkan oleh tidak bersarapan. Oleh itu anda perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi dengan beberapa cara mudah:
  • Sediakan sarapan sebelum anda tidur. Anda perlu merancang sarapan anda supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal seperti roti serat penuh, buah-buahan, dan lain-lain.
  • Sediakan sekotak bijirin atau sebungkus oat dengan susu rendah lemak atau susu soya di tempat kerja anda sekiranya anda tidak sempat bersarapan di rumah.
  • Makan sarapan sedikit lewat jika perut anda tidak boleh menerima makanan di awal pagi. Sarapan pada pukul 9 atau 10 pagi masih boleh membantu anda untuk sentiasa bertenaga dan selesa sepanjang hari.

4. Makan makanan rendah kalori

Makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi boleh membantu anda mengelakkan rasa lapar dengan cepat. Di dalam satu kajian mendapati seseorang yang makan makanan yang mengandungi cecair yang tinggi akan makan kurang 21% berbanding mereka yang makan makanan yang rendah kandungan cecairnya.
Anda boleh mencuba corak pemakanan yang dicadangkan seperti di berikut:
  • Untuk makan malam, anda disarankan untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bersama hidangan makan malam anda. Daging putih seperti ikan juga sangat baik untuk badan anda.
  • Pilih buah-buahan segar berbanding buah-buahan yang dikeringkan. Kalori kedua-dua jenis buahan ini adalah sama, tetapi dengan makan buah-buahan segar yang kandungan airnya tinggi, ia seperti anda telah minum secawan penuh jus anggur. Anda akan berasa lebih kenyang berbanding makan makanan kering dalam jumlah yang sama.

5. Makan snek yang kaya dengan fiber

Fiber boleh membantu anda untuk berasa kenyang dengan cepat dan untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana badan anda perlu memproses makanan yang tinggi fiber ini dengan lebih perlahan. Ini menyebabkan anda akan berasa kenyang hampir sepanjang hari. Makanan yang kaya dengan fiber ini juga mengandungi kandungan kalori yang rendah.  Selain itu, antara kebaikan fiber juga ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Anda boleh mencuba makan sekurang-kurangnya 25g fiber setiap hari seperti tips berikut:
  • Masukkan buah-buahan seperti epal dan lobak merah yang kaya dengan fiber ke dalam makanan dan snek anda.
  • Cuba gantikan makanan yang anda selalu makan seperti roti dan nasi dengan makanan yang mempunyai serat penuh seperti roti serat penuh dan bijirin penuh.
6. Tambahkan protein sihat ke dalam makanan harian
Kajian terhadap 46 orang wanita yang sedang berdiet mendapati, 30% atau 18% daripada kalori yang diambil dari makanan adalah dari sumber protein. Makanan yang kaya dengan protein ini sebenarnya juga boleh membantu mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Selain itu, selepas 12 minggu, wanita-wanita ini akan meperolehi bentuk badan yang cantik hasil dari diet sihat mereka.
Anda juga boleh mencuba menambahkan pengambilan protein seperti berikut:

        Tambahkan sehidang makanan protein sihat seperi putih telur atau tuna atau sepotong  
        ayam tanpa kulit di setiap waktu makan anda. Anda boleh minum bersama susu soya 
        yang rendah lemak dan tinggi kandungan fiber dan proteinnya !!

Beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan  lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda:-
  1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.
  2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
  3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
  4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.
  5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !
  6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.
  7. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.
  8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !!
Jom amalkan beberapa petua untuk atasi masalah perut buncit!!

1) Amalkan cara duduk tegak. Apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

2) Sapu perut dengan perahan limau dan kapur makan...sapu dalam urutan membulat hokey. Kalau rajin boleh balut dengan bengkung.Kena amalkan selalu. 

3) Ambil sedikit daun lidah buaya, masukkan ke dalam periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan dengan api kecil sehingga pekat. Tutup api dan biarkan ramuan menjadi suam dan kemudian baru dilumrkan pada perut.


4) Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan segelas air panas. Biarkan semalaman. Esoknya baru minum. Amalkan setiap hari sehingga mendpat perut idaman..

5) Jaga pemakanan. Jangan makan makanan berlemak dan berminyak. Ais jangan minum.

Piramid Makanan Seimbang