Wednesday 16 October 2013

Lirik Lagu Jodoh Pasti Bertemu - Afgan

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(Jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Wednesday 11 September 2013


Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan-lahan...

Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati...

Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadangkala membuat kita kosong di dalam meniti hari..


Namun apa yang kita tahu, dia tetap pernah bertakhta di dalam hati kita walaupun kita belajar untuk melupakannya!!

Monday 2 September 2013


9 Ayat Maut Seorang Perempuan

1. Ok. Fine!

Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa

Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah

Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih

Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)

Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.


Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

Wednesday 21 August 2013

 

Lecithin bertindak sebagai fat emulsifier (pemecah lemak) yang baik. Justeru pengambilan lecithin secara konsisten setiap hari dalam kuantiti yang dicadangkan mampu membantu mengelak masalah obesiti dan mempercepatkan kesan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang sempurna.

Alfalfa pula bertindak sebagai agen detox yang akan mengangkut lemak-lemak yang telah dipecahkan untuk disingkirkan daripada badan. Selain itu, alfalfa juga membantu pelawasan yang turut mempunyai peranan penting dalam misi menurunkan berat badan.

Yang specialnya tentang kedua-dua produk ini adalah ianya boleh diamalkan oleh semua lapisan individu tidak kira lelaki atau perempuan mahupun ibu-ibu menyusu. Malah jika anda seorang ibu menyusu, alfalfa dapat membantu menggalakkan penghasilan susu. 

Jadi kiranya pengambilan 2 produk asas ini dapat memberi manfaat berganda kepada anda. Alfalfa juga mengandungi 1001 khasiat lain yang mana antaranya termasuk mengatasi masalah keputihan yang sering dialami wanita-wanita baligh serta membantu meredakan simptom-simptom resdung, asthma dan alahan (alahan).

Tuesday 20 August 2013

Syawal 1434H

Salam Lebaran, Salam Aidilfitri....
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat...
Aku happy tak terkata coz raya tahun ini tahun 2013 semua adik-beradik
 dapat berkumpul dan bergambar bersama...
Terima kasih semua di atas kerjasama yang diberi!!

My Big Family



Abg Mamat, Saya, Syafin dan Angah 






Ateh, Mak Ngah, Abg Mamat dan My Dad

Family Acik 

Family Acu




Friday 19 July 2013


Belajar Untuk Melupakan Dirimu...








RESEPI KEK KUKUS COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (125g)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair (1 tin)
1 cawan susu pekat (1 tin)

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat soda
2 biji telur


Cara2:

1. Masukkan ke semua bahan A ke dalam bekas besar dan letakkan di atas dapur dengan api yg perlahan.
2. Kacau kesemua sehingga sebati dan larut.
3. Ketepi kan dan biarkan ia sejuk.
4. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan bikarbonat soda yg telah digaul bersama ke dalam adunan. Kacau segingga sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45-60 minit. The best is 60 minit.
RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber :
 hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

·                     7-8 keping roti
·                     * 500 ml susu segar @ 2 cawan
·                     * 4 sudu besar gula halus
·                     * 2 biji telur
·                     * 1 sudu teh esen vanilla
·                     * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
·                     2 sudu besar butter - cairkan
·                     3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard

·                     1 tin susu cair
·                     1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
·                     2 sudu besar tepung kastad
·                     2 sudu besar gula

Cara-cara

1.  Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
2.  Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
3.  Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
4.  Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)

5.  Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.



Kurelakan dirimu pergi...

Walaupun hatiku tidak merelakan...











Doaku pada hari ini 19hb Julai 2013 (Jumaat)












Monday 24 June 2013

Makanan yang harus wajib dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose. Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen. So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang. Tu je. :)

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni. Wallahualam.

**setiap produk ade kebaikan dan keburukannye kan. Tade produk sume baik je sume. So same same la kita fikirkan yang mana lebih baik untuk kita. :)

2.) Ayam!. Ye ayam. Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kalau tak salah saya la kan ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot. Takkan macik pacik kat kampung tu sanggup nak tangkap ayam kampung then suntik nak bagi cepat bertelur plak. haha. Say NO KFC NO MCD NO FASTFOOD! yeahhh! gituuuuu..Mampu ke? wahaha.

3.) Ikan keli yang dibela. Yang ni saya tak tahu la kenapa might be same case with ayam tu kot. Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat nak makan ikan keli tu. phewww.

4.) KAWAL PEMAKANAN! *ni untuk diri sendiri!. Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adelah precursor kepada estrogen. Now, i know dari mana datangkan estrogen yang tinggi dalam badan. Before now 75/85kg, now 125kg! 

Thursday 14 March 2013

Siapakah Jodohku??











Kenangan Terindah Bersama-sama Cikgu SMK Assunta

Takkan Kulupakan...



Pn. Rozaini, Pn. Betty Ooi, Pn. Sharifah Azuan, Pn. Arpah




Pn. Zakiah, Pn. Sharifah Azuan, Pn. Betty Ooi, Pn. Rozaini

TERIMA KASIH, CIKGU!!!