Thursday 31 January 2013




Doa Pembuka 12 Pintu


10 Surah mencegah perkara








                                        <<<Rahsia Surah Al-Kautsar>>>

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Lirik Lagu Setia Hujung Nyawa : Fiq, Gjie ft. Mell Sakura 

Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu resah hatiku
Maafkan diriku melukakanmu

Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa.. dari diriku
Menjaga cinta mu

Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya

Maafkan diriku melukakanmu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Cinta ku tetap di sini
Takkkan pernah jauh darimu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/01/lirik-lagu-setia-hujung-nyawa-fiq-gjie.html#ixzz2JVlMY7lp

Wednesday 30 January 2013


RAHSIA DI SEBALIK WUDHU




(1) Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

(2) Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

(3) Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

(4) Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

(5) Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

(6) Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

(7) Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

(8) Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Wednesday 9 January 2013

kahwin??
camne nak kahwin kalau calon pun takde...
bila lah agaknya dapat cincin seperti di bawah ni??
berangan!!
belum sampai seru lagi...

  















alhamdulillah..
dah sebulan aku drive kereta pergi kerja..
ada kemajuan tapi stay belajar gak!!



Selamat Tahun Baru 2013!!











Cara Menghilangkan Mengantuk Di Pejabat/Kelas


Korang selalu mengalami masalah mengantuk di pejabat? Atau semasa di kelas? Mari kita sama-sama mencuba petua di bawah. Mungkin ini boleh membantu anda  untuk lebih bertenaga dan bersememangat untuk bekerja dan belajar!

1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik – Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

8. Air – Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

10. Tidur – Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

 Selamat mencuba! Tidurlah awal dan secukupnya untuk memulakan hari baru yang lebih cergas.