Wednesday 19 December 2012

Satu amalan yang boleh diamalkan


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu. Insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini : - 

1) YA ALLAH YA-RAHIM - ampunkan dosa-dosaku dan saudara-mara

2) YA ALLAH YA-RAHMAN - kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh  
    dan mencintai Islam

3) YA ALLAH YA-RAZZAK - kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik    
    dan berjaya di dunia dan akhirat

4) YA ALLAH YA-JABBAR - makbulkan dan terimalah amalan aku

5) YA ALLAH YA-MUTAQABBIR - jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq 
    dan miskin

6) YA ALLAH YA-WADUUD - kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang 
    beriman dan kesihatan yang baik zahir batin

7) YA ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM - makbulkanlah semua hajatku dan 
    redhaikanlah aku..


AMIN...



Monday 10 December 2012


pengalaman pertama memandu sendiri


pengalaman pertama driving kereta sendiri
memang sgt mendebarkan..
huhu...
pagi tadi first  time driving pergi kerja...
nak  bawak keluar kereta dari pagar rumah...
gementar sangat-sangat, keluar rumah pukul 6.45pagi...
dah nama pun first  time bawa tanpa my sis yg duduk sebelah utk guide saya..
memang nebes sangat-sangat...
berdoa dalam hati
"Ya Allah, 
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan 
nak bawa kereta nie..
Engkau lindungi hambamu nie..
Moga selamat pergi dan selamat sampai.."
 AMIN..AMIN...AMIN..
syukur pada Tuhan..
tak ada apa kejadian yg tak diingini berlaku..
tepat pukul 7.10pagi, saya sampai tempat kerja di Shah Alam.. 

Kereta Baru Milik Saya Tahun 2012









Monday 29 October 2012


Berbicara soal cinta, tiada siapa yang tak suka. Semua inginkan cinta yang sempurna. Tapi ketahuilah kita manusia hanya merancang, bahkan segalanya Allah dah tentukan sejak azali lagi. Bukan setakat jodoh, bahkan kematian kita juga Allah sudah catatkan bila masanya akan tiba. Bersabarlah, jika sekarang kamu belum ketemu lagi jodoh yang sesuai buatmu. Mungkin Allah jua sedang merancang sesuatu yang lebih istimewa buat dirimu.
Sekarang, Tuhan tolong jagakan si dia untuk kita. Mungkin saja saat ini dia sedang cuba sedaya upaya memperbaiki dirinya, agar dapat menyempurnakan dirimu apabila sudah ketemu nanti. Moga nanti dia dapat menjadi seorang imam kepadamu dan juga ayah yang baik untuk anak-anakmu. Jangan risau, tulang rusuk itu tak kan tertukar. " Jodoh bukan saya yang cari, tapi Allah yang bagi " bersyukurlah~ memang semua manusia tak sempurna, tapi bila kita dah saling bersatu, insyaAllah kita akan saling menyempurnakan antara satu sama lain. 


Jika saat ini kamu sudah berpunya, maka jagalah hatinya sebaik mungkin. Hargai selagi masih ada, lagi indah cinta itu jika berlandaskan cinta Ilahi. Jika benar mencintai, sudah pasti cinta itu mahu di bawa hingga ke syurga kan. Berdoalah yang terbaik untuk kehidupan kita. InsyaAllah, Allah itu kan Maha Mendengar. Andai hatinya yang kau pohon, kau mohonlah pada Allah terlebih dahulu. Janji Allah Itu Pasti...(",)

"..Ya Allah,

jika dia baik untukku,

baik untuk agamaku,

juga baik untuk urusanku,

dekatkan dan satukanlah hati-hati kami,

Ya Allah, 


aku mohon jagakan dia buatku.."


Thursday 18 October 2012


Wednesday 26 September 2012

Pembedahan Laparoscopy

Laparoscope atau “Teropong”
Pembedahan yang selalu digelar “teropong” ini dilakukan dengan membuat belahan kecil (0.5 cm) di abdomen. Tiga belahan atau “incision” dibuat dan pembedahan utama (major) boleh dilaksanakan melalui lubang-lubang ini. Belahan pertama dilakukan di pusat. Teropong atau laparoscope dimasukkan ke dalam abdomen dan kamera video diletakkan pada penghujung luar teropong ini. Gambaran dalam abdomen dilihat pada television dalam dewan pembedahan dan segala organ dapat dilihat dengan jelas kerana diperbesarkan (magnified).

Peralatan dalam abdomen
Selepas laparoscope dimasukki melalui pusat, dua atau tiga belahan kecil lagi dibuat dibahagian bawah abdomen. Segala peralatan pembedahan dan jahitan akan dibuat melalui lubang yang dibentuk di abdomen ini. Pembedahan teropong ini membenarkan pembedahan yang sungguh jitu yang tidak dapat ditandingi oleh pembedahan biasa. Kejituan pembedahan jenis ini lebih ketara semasa pembedahan untuk senggugut, ketumbuhan, cyst dan kanser. 

Sebagai perbandingan, laparotomy atau pembedahan biasa mengakibatkan 
belahan sepanjang lima hingga sebelas inci panjang. Belahan yang beasr ini mungkin menegak atau melintang dan diperlukan untuk menampung peralatan bedah yang biasa. 
Gambaran melalui laparoscope

Pembedahan sejenis ini mengakibatkan penyembuhan dan penjagaan di hospital yang lebih lama, serta kemungkinan komplikasi jangkamasa panjang.  Kelebihan pembedahan laparoscopy berbanding dengan laparotomy jelas dilihat. Kebanyakan pesakit dibenarkan balik rumah pada hari yang sama selepas pembedahan. Pesakit selalunya sembuh dalam masa beberapa hari dan dapat berfungsi saperti biasa dalam masa seminggu. Kesakitan yang dialami pun sedikit dan pesakit lebih selesa selepas pembedahan.Jikalau kelebihan pembedahan laparoscopy sangat nyata, kenapakah pembedahan ini tidak begitu berleluasa? 
Kesan Pembedahan Laparoscopy

Ini ialah kerana pembedahan laparoscopy adalah susah dan memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk mencapai tahap yang sewajarnya. Tambahan  pada itu, peralatan yang digunakan adalah mahal dan tidak didapati di semua kebanyakan hospital. Pusat Pakar Wanita adalah hanya satu daripada beberapa pusat perubatan di negara ini di mana pembedahan ini dilakukan secara rutin. 


PERSIAPAN SEBELUM PEMBEDAHAN


a) Anda dikehendaki masuk ke wad sehari sebelum pembedahan untuk 
penelitian pra pembedahan dan perjumpaan dengn pakar bius. 

b) Pemakanan sebelum pembedahan  

    i)  Untuk satu hari sebelum pembedahan, anda hanya disyorkan memakan makanan  
          ringan saja, misalnya, sup dan sedikit roti. Susu, nasi dan lauk perlu dielakkan kerana 
          menyebabkan usus kembung dan akan merumitkan pembedahan. 

    ii) Anda perlu berpuasa pada malam sebelum pembedahan. Walaupun demikian, pada pagi 
        pembedahan,anda dibenarkan mengambil sedikit air kosong atau Teh ‘O’ 2-3 jam 
        pembedahan. 

c) Anda akan diberi ubat untuk dimakan pada hari sebelum pembedahan untuk melawaskan buang air besar. Ini mungkin menyebabkan anda cirit 

d) Pada pagi hari pembedahan dilakukan, anda perlu memasukki dua biji ubat ke dalam faraj. Ini adalah untuk membuka pintu rahim untuk menyenangkan penelitian. 

e) Anda mungkin dibenarkan balik pada hari sebelum pembedahan (selepas pukul 5 petang) tetapi anda  perlu ada di wad pada keesokan hari sebelum pukul 0730 pagi.


Tuesday 25 September 2012

Masalah ketumbuhan sistem peranakan wanita


SISTEM peranakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari serta saluran peranakan. 

Namun, ovari dan rahim merupakan dua bahagian dalam sistem tersebut yang paling selalu mengalami gangguan seperti fibroid, 'cyst' atau sista ovari dan adenomiosis.

Sakit senggugut yang melampau boleh dikatakan antara tanda seorang wanita mempunyai masalah serius pada sistem peranakan mereka.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Ampang, Dr. Suhaimi Isa berkata, ada juga kes mereka yang mempunyai sista ovari atau fibroid tidak didatangi sebarang tanda ketara.

Kebanyakan pesakit hanya menyedari berlaku sesuatu yang abnormal terhadap sistem peranakan selepas melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.

Menurut Dr. Suhaimi, gangguan sebegitu ada yang tidak memudaratkan seperti sista ovari yang bersaiz kecil setakat tiga sentimeter sahaja dan tidak memerlukan pembedahan.

Ada juga kes gangguan pada sistem peranakan itu berada pada tahap kronik sehingga pesakit dinasihatkan membuang sebelah ovari malah rahim.

Dr. Suhaimi menasihatkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas dan aktif melakukan hubungan seksual membuat pemeriksaan pap smear secara berkala.

Mereka yang mengesan sebarang tanda pelik seperti kitaran haid tidak teratur atau darah haid yang banyak serta senggugut yang teruk juga digalakkan segera berjumpa dengan pakar sakit puan kerana ketumbuhan sebegitu boleh dikesan melalui imbasan CT atau ultrabunyi.

Berikut informasi berkenaan masalah di dalam ovari dan rahim.

OVARI
Ketumbuhan di dalam ovari adalah masalah yang paling sering berlaku kepada kebanyakan wanita.

Setiap bulan, wanita yang sihat akan melalui kitaran menstruasi dan telur dikeluarkan daripada ovari untuk proses yang dinamakan ovulasi.

Jika anda mula berdepan dengan haid yang tidak teratur atau sakit ketika datang haid atau tanda-tanda seperti bengkak dalam abdomen, berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah sista ovari.

Sista ovari merujuk kepada kantung cecair dalam ovari dan biasanya bersifat benigna iaitu tumor yang tidak berbahaya.

Jenis-jenis Sista Ovari

a) Sista ovari air

Ia sangat lazim berlaku dan dikaitkan dengan kelainan fungsi ovari yang normal. Saiz normalnya dua sentimeter.

Sekiranya ia semakin membesar melebihi lima sentimeter, ada kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk.

Pembedahan perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih lima sentimeter dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrabunyi.

Menurut Dr. Suhaimi, selalunya, pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi, jika mula berasa sakit seperti senggugut yang teruk, berkemungkinan sista ovari tersebut sudah besar dan teruk malah berkemungkinan ovari perlu dibuang.

b) Endometriosis (sista ovari darah)

Juga dikenali sebagai chocolate cyst. Ia terjadi apabila darah haid melimpah keluar dari tiub falopio dan terkena ovari, tiub falopio, pundi kencing atau usus besar.

Sel dinding rahim yang bersama-sama haid tadi boleh membesar di bahagian-bahagian tersebut lalu menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa datang haid.

Endometriosis adalah punca utama ketidaksuburan.

c) Sista teratoma

Adalah tumor yang tidak berbahaya tetapi ada kemungkinan menjadi kanser.

Ketumbuhan sista teratoma mempunyai pelbagai sel dalam badan seperti rambut, gigi, sel otak dan selalunya ditemui dalam tubuh badan pesakit berusia lewat 30-an.

Satu-satunya cara rawatan adalah melalui pembedahan untuk membuangnya.

Cara Rawatan

Pembedahan pada sista ovari hanya disarankan jika saiznya melebih lima sentimeter.

Terdapat dua kaedah untuk melakukan sistektomi (pembuangan sista) dan pembuangan tumor iaitu laparoskopi dan laparatomi.

Laparotomi adalah pembedahan biasa manakala laparoskopi dilakukan dengan membuat tiga lubang kecil masing-masing satu untuk dimasukkan kamera dan dua lagi dimasukkan peralatan untuk membuang sista ovari tersebut.

Jika ovari telah rosak teruk pula, ooforektomi (pembuangan ovari) akan dijalankan iaitu di sebelah yang terkesan sahaja.

Tuesday 14 August 2012

Buat Sahabatku...

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
Kau sesungguhnya

Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah 
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Dan aku terus menanti 
saat yang manis
akan berulang kembali
SAHABAT....

**AKAN KUKENANGMU DALAM DOAKU**

9 Jenis Wanita Yang Menarik Perhatian


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Monday 13 August 2012

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu
Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…

Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang 
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK... tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

Begitulah juga…
Jika kamu sedang memiliki seseorang… TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN 
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL...

Begitulah juga…
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN 
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... dan MENCINTAIMU...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN 
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi…
kerana dia telah menemui cinta sejatinya yg jauh lebih baik dari kamu..
dan ketika itu TIADA LAGI ruang dalam hatinya buat kamu..



Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI... kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA... itu lebih BERMAKNA !
kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yg sempurna sedang hakikatnya tiada insan yg sempurna dalam dunia ini..
setiap yg bernama manusia itu punyai kelemahan..
mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya barubah..dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN.. itulah PASANGAN..
saling lengkap-melengkapi..

apa yg utama ialah mencintai ILAHI..dgn mencintai ilahi..pasti ALLAH akan temui kamu dgn seseorang yg mencintai-NYA..

mencari yg sempurna..SEMPURNAKAH DIRI KAMU?? tepuk dada tanyalah IMAN..
Ya Allah...
Sahabatku : Kida, Ainor, Me and Rohani
peliharalah sahabatku..
dikala penjagaanku tak sampai padanya..
Sayangi mereka..
dikala rasa sayangku tak mampu
merengkuhnya dalam dakapan yang nyata..
Muliakan mereka...
dikala penghargaanku tak terangkum..
dalam kata yang sahaja..
Kerana KAU punya yang diriku tak punya..
Segalanya dalam Rahmat-MU...
AMIN...

Azie
Ainor
   
Kida
Rohani

 ***SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMANYA DAN AKHIR HAYATKU***                                         

Apakah yang dimaksudkan dengan Sista Ovari?



Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Golongan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan.

Tanda dan Gejala
Lazimnya, sista ovari tidak membahayakan dan tidak menimbulkan gejala. Jika berlaku juga gejala, ia termasuklah:

  • Terasa sesak atau bengkak dalam abdomen Berat badan bertambah. Sakit yang tidak menyucuk dan berlaku berterusan sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah pelvis. Kesakitan semasa melakukan seks Haid tertunda, tidak teratur atau sakit. Semakin banyak timbulnya bulu roma di muka.
  • Terasa sangat sakit yang menyucuk dalam abdomen, demam, dan/atau muntah. Kemungkinan ini disebabkan oleh sista yang berdarah kerana telah pecah atau terpintal/terpusing.

Jenis-jenis sista ovari
Sista fungsi - Jenis ini sangat lazim berlaku. Ia dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal. Contohnya, ia terbentuk apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses pengovulan biasa. Ianya mungkin berlanjutan sehingga 4 atau 6 minggu. Sista ini jarang merembeskan hormon. Sista folikel dan korpus luteum - sista folikel terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Sista korpus luteum merupakan jisim tisu berwarna kuning yang terbentuk daripada folikel selepas proses pengovulan. Sista jenis ini timbul dan hilang setiap bulan. Ia dikaitkan dengan fungsi normal ovari. Sista yang abnormal atau sista neoplasma - Ia terjadi kesan dari pertumbuhan sel dan kebanyakannya merupakan ketumbuhan benigna. Dalam beberapa kes tertentu, ianya boleh menjadi kanser. Sista yang abnormal ini memerlukan rawatan perubatan dari doktor. Ini termasuklah:
  • Sista dermoid - yang mengandungi pelbagai jenis tisu seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.
  • Ovari polisistik - disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Ini akan menyebabkan berlakunya haid yang tidak teratur, timbulnya bulu-bulu roma di badan dan ketaksuburan atau kemandulan
Perkara yang perlu diingat:
Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap tumor ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Endometriosis mungkin menjadi lebih serius jika berlakunya sista ovari dan peluang anda untuk menjalani oforektomi (pembuangan ovari) adalah lebih tinggi. Dalam beberapa kes tertentu, jika berlakunya sista ovari yang malignan, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Wanita yang mendapat sista ovari selepas putus haid lebih mudah mengalami malignansi.
Beringat untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang rasa sesak, tekanan atau kurang selesa di bahagian pelvis. Lebih cepat sista itu dikesan dan dirawat maka lebih baiklah peluang anda untuk sembuh.

Pengesanan
Anda boleh mengesan sista ovari melalui:
  • Pemeriksaan pelvis di mana doktor dapat merasa saiz ovari dan mengesan sebarang keabnormalan yang wujud. Ultrasound - alat ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan gambar atau imej organ dalaman dengan meletakkan satu alat di atas abdomen atau memasukkan alat tertentu ke dalam faraj. Laparaskopi - satu pembedahan kecil yang dilakukan untuk membolehkan doktor melihat struktur dalam abdomen anda.
  • Ujian darah bagi mengesan tumor- ujian ini akan dilakukan jika doktor mensyaki adanya malignansi.
Rawatan
Bergantung kepada:
  • Saiz dan jenis sista. Umur, sama ada anda berada dalam tahun-tahun yang subur atau telah putus haid.. Ingin mendapatkan anak Tahap kesihatan keseluruhannya.
  • Keterukan gejala yang dialami.
Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak sembuh, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadangkalanya ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub Fallopian dan juga rahim.

PENGURUSAN SENDIRI DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
o    Dapatkan pemeriksaan pelvis secara berkala seperti yang disarankan oleh doktor.
o    Jika mendapat kesakitan yang ringan ambillah ubat penahan sakit.
o    Kurangkan pengambilan kafein.

Friday 6 July 2012

6 warna bunga ros dan maksud disebaliknya


Merah- (cinta dan romantik) Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.

Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh) Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yag bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang  yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.

Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.

Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta) Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.

Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama) Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.

Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan) Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.