Friday 19 July 2013


Belajar Untuk Melupakan Dirimu...








RESEPI KEK KUKUS COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (125g)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair (1 tin)
1 cawan susu pekat (1 tin)

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat soda
2 biji telur


Cara2:

1. Masukkan ke semua bahan A ke dalam bekas besar dan letakkan di atas dapur dengan api yg perlahan.
2. Kacau kesemua sehingga sebati dan larut.
3. Ketepi kan dan biarkan ia sejuk.
4. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan bikarbonat soda yg telah digaul bersama ke dalam adunan. Kacau segingga sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45-60 minit. The best is 60 minit.
RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber :
 hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

·                     7-8 keping roti
·                     * 500 ml susu segar @ 2 cawan
·                     * 4 sudu besar gula halus
·                     * 2 biji telur
·                     * 1 sudu teh esen vanilla
·                     * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
·                     2 sudu besar butter - cairkan
·                     3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard

·                     1 tin susu cair
·                     1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
·                     2 sudu besar tepung kastad
·                     2 sudu besar gula

Cara-cara

1.  Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
2.  Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
3.  Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
4.  Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)

5.  Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.



Kurelakan dirimu pergi...

Walaupun hatiku tidak merelakan...











Doaku pada hari ini 19hb Julai 2013 (Jumaat)