Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita
cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang
diingini di dalam hidupnya.
Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa
terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan
semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang
berbeza.
Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri
daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat
dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang
terjadi sebagai satu pengajaran.
Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang
lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang
yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam
pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya
tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.
Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang
sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.
Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah
untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan
kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk
menyedapkan hati sendiri.
Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan
ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup
bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan
rasa cinta kita kepada seseorang.
Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah
ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya.
Amin