Friday, 12 June 2015

Selawat Syifa


Selawat Syifa Dalam Rumi

(BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM. ALLAAHUMMA SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA WA ‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA.
WA NUURIL ABSHAARI WA DIYAAIHAA WA ‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM).

KHASIAT SELAWAT SYIFA’

1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.

2. Meransang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri anak makan sehari 3 biji.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3 kali dan tarik nafas dalam2. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan2 pada orang yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.

Bismillah 6


Bacaan Rumi

Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.
Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurur rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.

Ertinya :
Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.

Fadhilat Bismillah 6

Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat ‘Bismillah Enam’ ;

Penerang hati.
Meluaskan rezeki.
Air laut boleh menjadi tawar.
Terselamat dari karam di laut.
Makbul segala hajat dan cita-cita.
Menghindari dari segala penyakit.
Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
Terselamat daripada binatang buas.
Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

Kaedah Merawat

Bagi merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:

Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
Membaca dengan keyakinan dan hati yang khusyuk.
Tiup di tangan atau di tempat yang sakit tersebut.
Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.
Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Insyaallah, angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
Amalkanlah ‘Bismillah Enam’ ini kerana ianya menjadi penawar segala jenis racun dan tidak memberi mudharat kepada pengamalnya jika terminum kerana gelas yang mengandungi racun akan pecah jika dipegang oleh pengamalnya. InsyaAllah.

Wallahu A’lam Bish Shawab. #copy&paste

Wednesday, 11 February 2015

10 Cara Mudah Yang Anda Boleh Ikut
Dalam musim hujan dan cuaca tak menentu, ramai antara kita yang alah dengan cuaca dan mengalami demam. Bila dah demam, banyak urusan seharian terganggu, nak buat apa-apa pun tak larat. Lebih teruk lagi kalau kena selsema, batuk dan sakit tekak.

Berikut ada beberapa cara mudah untuk segera baik dari demam :


1. Minum air dengan banyak.
Minum air yang banyak boleh mengelakkan tekak kita jadi kering dan sakit. Selain ia elakkan hidrasi pada badan, air boleh buang toksin dalam badan. Badan pun lagi mudah lawan penyakit bila toksin dah buang. Aliran perkumuhan dalam badan jadi lebih lancar.


2. Elak dari minum kopi
Kopi memang sedap di minum, tetapi ia tidak digalakkan minum bila kita demam. Kenapa? sebab kandungannya boleh menyebabkan badan terdehidrasi / hilang air. Orang demam perlukan air dalam badan dengan banyak.


3. Wap Air dan Mandi Air Panas
Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.


4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.


5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.


6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.


7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.


8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.




9. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus. Contoh makanan adalah:


Bawang putih
Madu
Peppermint
Oren, Lemon, Anggur, Parsli, Kobis Bunga
Makanan yang mengandungi mineral Zink


10. Elakkan dari senaman
Anda di galakkan berehat dari aktiviti senaman supaya badan dapat menyimpan tenaga melawan virus dalam badan

sumber:http://www.manageyourlifenow.com/10-simple-ways-to-cure-cold/