BERLINANGAN AIR MATA WAKTU
MEMBACANYA...
SEMOGA MENJADI CONTOH BUAT KITA SEMUA....
MUJAHID &
MUJAHIDAH yang patut dicontohi.
Masing-masing telah
pergi menghadap Ilahi dalam
usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah
mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.
~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~
Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai
“Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya
pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul,
Turki.
Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara
dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah
Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita
ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga
yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji
Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para
pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki
kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar
alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir
sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah
membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai
pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu
menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan
kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun
Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang
dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau
kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan
pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari,
malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub
al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan
menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang
disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah
hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w
menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda
s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang
lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam
berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w
dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub
al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu
jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di
permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan
ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100
surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan
tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya
telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar
menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk
berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said
Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau
berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.
Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu
tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk
menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya
hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah
ini.”
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj.
Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan
terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun,
penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad
Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh
ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat
untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan
beliau di bumi yang fana ini.
Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya
masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya
Allah Tabarakallah!
"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu
bahagian dalam diri saya yang tak mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun
rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi sesuatu. Saya yang fakir perkataan,
menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal
~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~
Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
. Allahyarhamah adalah seorang pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah
pada 20 Januari 2013 dalam usia 20 tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu
di hospital akibat kemalangan bersama 3 orang sahabatnya . Di bawah ini
kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri oleh ibunya iaitu Puan
Nuraini Che Mat .
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar
kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia
menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA
UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan.
Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar
berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg,
pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot
sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan
tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari
hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya
melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf
tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke
atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan
ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi
matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim
salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam
biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada
dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada
yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara
sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah
kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan
pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada
sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga
peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan
penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu
apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan
Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak
mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan
dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw.
Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak
bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka
nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah
malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid,
melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat
luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia
dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat
menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru
menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke
telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya.
Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia
dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah
boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan
menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat
diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan
meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU
Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi
oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar.
The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja
Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang
mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan
manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti
diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN
YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita
dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita
yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang
kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau
dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula
dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh
sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera
dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa
keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup,
katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi
tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan
kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci
kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan
bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot”
tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut
SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan,
kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu
gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14 Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang
maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C.
Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar
semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas.
Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan
dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran
kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi
masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam
menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan
kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan
membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas
selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi
bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa
doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah
datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin
sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh
bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air
yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka
berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga
anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah
percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada
Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke
akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang,
kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi
balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula,
terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak
rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami
berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik
matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik.
Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan
kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan
buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan
pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak
senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade
bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal
yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya
diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin
sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan
dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam.
“Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di
sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam
untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah,
mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah
tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam
air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam
mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar,
dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk
menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam
zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang
tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat
dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta
bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang
dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan
sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel
darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada
darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak
sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak
jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”.
Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi
Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit
perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit
minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul
betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air
zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi….
lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada
pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat.
Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong
bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh
bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi
menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang
membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata,
“Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah,
tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia
datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan
suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan
kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak
gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki
minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk
menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan
usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn
kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan
sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal
keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu
sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka.
Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi
masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah
redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi,
walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang
tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar
tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak
panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan
berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada
mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut
beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang
dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu
tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?”
tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa,
Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je”
MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah.
Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah
bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong
kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar
membengkak teruk.
17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor
sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak
menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan
saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula
diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk
semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu
tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut.
Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca
pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam
ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah
dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak,
memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah
hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah
ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub
dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya
tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui
kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta
dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya
terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri
membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang
keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya
terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan
lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan
beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula
kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam
termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak
jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya.
Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu
bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan
nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula
memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah
nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu,
kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan
dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah
kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan
dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut
dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan
zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera
melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar
cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas
kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib
tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun
jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%
.Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan
perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya
benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu
dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran
pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa
Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami
perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui
pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan
tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan
petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu,
seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah
pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan
perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci
kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain.
Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu,
dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak
stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa
dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh
berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat?
Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah
dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang
usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya,
adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah
usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI
MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa
bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga
tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu
keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya
sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh ,
saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak
boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh
pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin
pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan
lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan
pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu
masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan,
Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2
ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing,
hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk
sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan
meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah
sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH
kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia
dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia
terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia
dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya
rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung
keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university
dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan,
menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih
dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung
berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut
menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.
*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita
sedang melalui jalan yang bagaimana. Allah.